Sunday 11 December 2011

Mari Belajar Menyanyi Lagu Kuih

Di sini saya telah muat naikkan sekerat video pendek dimana saya mengajar murid murid saya menyanyi lagu kuih. Mari kita menyanyi bersama.

Persembahan & Pertandingan 2011


 

 


 
 
 

Peniupan Rekoder: Lagu Kuih


Senikata Lagu Kuih

KUIH

Marilah makanlah kuih-muih yang ada,
Sedapnya, enaknya, mari makan bersama.
Kiuh karipap dan juga kuih lapis,
Enak dimakan sepuas-puasnya,
Kuih keria dan juga lepat pisang,
Cubalah rasa nikmatnya.
Bawalah bersama rakan-rakan yang ada,
Mencuba hidangan kuih-muih tempatan.

Skor Lagu Kuih




Murid murid di kelas saya sedang mempelajari lagu kuih.







Alat Muzik: Rekoder

PENGENALAN

Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik.Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes (gambarajah dari kiri ke kanan).


Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Pada masa yang sama pelajar mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Bahan yang dicadangkan dapat membantu proses pembelajaran bagi mengukuhkan kemahiran dan penguasaan bermain rekoder.

1. STRUKTUR REKODER


2. TEKNIK BERMAIN REKODER
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.
2.1 Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
2.1.1 Postur
• Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
• Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)



2.1.2 Cara Memegang Rekoder
Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

2.1.3 Penjarian


(a) Tangan Kiri
-Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
-Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
-Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
-Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
 
(b) Tangan Kanan
-Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
-Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
-Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
-Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
-Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

Susunan jari pada lubang rekoder


Carta Penjarian Rekoder

Alat Muzik: Perkusi

Pengenalan

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi.Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.

1. TEKNIK PERMAINAN ALAT PERKUSI
bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting.

1.1 Kastanet
(a) Rupa bentuk
Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

 
(b) Cara memegang dan memainkan kastanet
i) Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri.
ii) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan.


1.2 Loceng
(a) Rupa bentuk

Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

 
(b) Cara memegang dan memainkan loceng
Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.


1.3 Tik-Tok (Double-tone Block)
(a) Rupa bentuk

Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

 
(b) Cara memegang dan memainkan tik-tok
( i) Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
(ii) Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.


1.4 Tamborin
(a) Rupa bentuk

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tambor in tanpa kulit.


(b) Cara memegang dan memainkan tamborin
Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
i) Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
ii) Pegang tamborin dengan tangan kir i. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan.



1.5 Kerincing
(a) Rupa bentuk

Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

 
(b) Cara memegang dan memainkan kerincing
i) Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya ditangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh ker incing.
ii) Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.